Tuesday, March 22, 2011

Mengubah Pendirian

Setiap manusia ada pendirian masing-masing. Biasanya pendirian itu adalah berpandu daripada pengetahuan, pengalaman hidup seseorang. Tetapi apa yang pasti pengetahuan dan pengalaman dari zaman kanak-kanak amat memberi kesan kepada seseorang itu. Proses ini berlaku apabila kanak-kanak membesar menjadi remaja dan seterusnya dewasa. Apabila dewasa bayak pendirian seseorang berubah selaras dengan pertambahan daripada ilmu pengetahuan yang diperoleh.

Namun begitu terdapat banyak faktor yang membentuk sesuatu pendirian itu. Sebagai seorang Islam ia dipanggil hidayah. Hidayah adalah hak milik mutlak Allah SWT. Allah SWT berhak untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki olehNya. Pernahkah kita berfikir, pernahkah kita bersyukur terhadap apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita? Hakikatnya semua adalah dari Allah kepada hambanya. Jika kita berbuat baik semua itu adalah dari Allah, sebagai seorang islam kita harus bersyukur tanpa mengatakan bahawa saya adalah seorang yang baik..dapat tunaikan segala perintah Allah. Jadi untuk itu hendaklah kita bersyukur apabila dapat membuat satu kebajikan bahkan kita perlu fikir bagaimana hendak mengajak orang lain kearah kebaikan.

Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran saya. Kenapa sesorang itu mencuri, berzina, dan sebagainya. Adakah mereka tidak tahu semua perkara itu adalah salah disisi agama? Saya pasti semuanya mengetahui tentang kesalahan melakukan perkara tersebut. Tetapi mengapa mereka tetap melakukannya. Apakah pendirian mereka? Perlukah kita memarahi mereka? Apa yang kita perlu dan boleh buat untuk mengatasi masalah ini. Untuk megubah pendirian seseorang itu amat sukar walaupun mereka mengetahui sesuatu yang benar. Jadi sebagai seorang penganut agama Islam hanya kepada Allah tempat kita semua mengadu. Sesungguhnya Allah jaulah yang memegang setiap hati manusia. Hanya dengan keizinan Allah sahaja pendirian akan berubah.

Wallahualam...hanya Allah yang maha mengetahui

No comments:

Post a Comment