Tuesday, December 25, 2012

Kiamat Sudah Dekat

21.12.2012

Tarikh yang kononnya dijangka hari kiamat...kecoh jugakla, sampai masuk media arus perdana...masing-masing takut. Tapi tak pernah takut kiamat kecil....iaitu MATI....bila-bila boleh berlaku...xde pon orang bercerita pasal kematian...sebab semua takut mati...huhu

Orang beriman pasti merindukan kematian iaitu saat si hamba bertemu dengan tuannya....Wallahu'alam

Monday, October 15, 2012

"Ahli Syurgakah Kita?"

Apabila sebut pasal syurga...semua orang akan tahu disitulah tempat Allah s.w.t memberi nikmat kepada ahlinya. Dan adalah lebih pasti semua orang bercita-cita untuk menjadi ahli syurga...sampai ada lirik lagu pun sebut pasal syurga...Ini menunjukkan semua orang tahu akan kelebihan syurga itu. Tapi adakah kita yakin  adanya syurga..? Ini adalah persoalan...

Sebagai seorang Islam kita hampir terlalu yakin bahawa kita akan masuk syurga...betul ke kita akan masuk syurga kalau amalan kita tidak berlandas Quran dan Sunnah...betul ke kita akan masuk syurga kalau hidup kita berpandukan amalan yahudi dan nasrani...betul ke kita akan masuk syurga kalau amalan agama buat ikut sesuka hati...betul ke kita akan masuk syurga kalau kita masih langgar perintah Allah....Waallahu'alam

Tetapi yang paling pasti kita akan mati...hendak ataupun tidak kita pasti mati...dan kalau nak masuk syurga kita wajib mati dahulu....jadi buatlah persiapan menghadapi mati....dan bekalan untuk mati adalah IMAN dan AMAL soleh...sebagai manusia usaha adalah dipihak kita keputusan di tangan Allah....jalanilah kehidupan denagn syukur dan sabar InsyaALLAH Allah bersama kita...amin

Sunday, February 12, 2012

apakah itu maksud?

hidup didunia sementara
janganlah kamu terleka
masa hidupmu paling berharga
janganlah dipersiakan

hidup hendaklah berjasa
pada agama dan bangsa

apakah maksud kehidupan kita?

lama dah rasyenye tak mencoretkan sesuatu kat internet ni. biasalah malas aje haha...

hidup manusia biasanya dalam lingkungan 60-70 tahun je. sebenarnya masa 60-70 tahun tu lah yang menjadi modal kita untuk buat persediaan kehidupan yang akan datang. kehidupan yang kekal abadi yang tiada penghujung. tetapi adakah kita sedar? semakin hari semakin hampir kita kepada permulaan kehidupan yang kekal itu iaitu MATI!! Bila sebut pasal mati mesti hilang semua mood kita kan. sebab dalam diri kita ada penyakit. penyakit wahan nama dia "cinta dunia takut mati".

kat dunia ni banyak sangattt yang kita cinta...macam2. dan berbeza bagi setiap orang, ada yang cinta harta,ada yang cinta tahta, dan ada yang cinta wanita. kadang-kadang kita tanya orang atau kengkawan sendiri pasal diorang punye kesukaan, mesti ada yang pelik-pelik. bila kita tanya kenapa suke yang macam tu...cawapan yang biasa didengar ialah untuk mencari kepuasan, bila dapat capai sesuatu impian ataupun cita-cita pasti diorang akan dapat kepuasan...betul ke puas? rasa macam tak caye plak. rasanya keinginan ni hanya dapat dipuaskan bila kita di syurga kelak..insyaallah.

jadi apa sebenarnya maksud hidup kita. saya pun x tahu. tetapi apa yang pasti setiap orang yang hidup pasti dan pasti akan mati. hidup ini hanya sekadar tempat membuat persediaan untuk mati je.ujian pertama kita adalah di kubur.jika kita buat persediaan yang rapi kita akan jawab dengan mudah insyaalah. tapi kalau xde persediaan...huhu...menagislah jawabnya..semoga ALLAH pelihara kita dunia dan akhirat..dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali..maksud hidup kita, kita sendiri yang tentukan.