Tuesday, October 5, 2010

Erti Sebuah Kehidupan

Hidup adalah suatu waktu yang perlu diteruskan walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun. Seorang yang sakit, tidak berupaya, gila, kaya, miskin, hina, senang, susah, baik, jahat, dan apa-apa sahaja keadaan, hidup mesti diteruskan sehingga Allah mencabut nyawa kita. Tetapi apakah panduan yang terbaik dalam hidup ini..? 1400 tahun dahulu Allah telah mengutuskan seorang Rasul untuk membimbing manusia dalam sebuah kehidupan. Maka diatas pimpinan tersebut maka lahirlah satu golongan yang terbaik dapat dilahirkan yang mana dapat menjalani hidup ini seperti yang dikehendaki Yang Maha Esa. Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w, baginda telah meninggalkan dua perkara untuk menjadi panduan kepada seluruh manusia selepas zaman itu. Al-Quran dan As-Sunnah telah ditinggalkan. Maka dengan mudah kita memperoleh dua perkara tersebut. Namun begitu amat sukar untuk kita menggunakan 2 perkara berkenaan dalam kehidupan ini...sesuatu yang amat sukar...Dalam meniti zaman kehidupan di penghujung hayat dunia adalah sesuatu yang amat perit untuk mengaplikasikan serta menga'malkan apa yang telah diperintah oleh Allah dan Rasul melalui kitab dan sunnahnya. 'Aqal dan nafsu yang ada pada manusia telah menafsir bermacam-macam tentang kehidupan ini. Kehidupan di fasa-fasa akhir dunia ini adalah sesuatu yang amat memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan. Pada waktu ini kesefahaman amat sukar dipupuk kasih sayang adalah sesuatu yang amat mustahil bahkan antara orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Quran dan Sunnah. Jadi apakah sebenarnya hidup ini. Hanya Allah yang maha mengetahui. Lihatlah niat masing-masing....