Sunday, February 12, 2012

apakah itu maksud?

hidup didunia sementara
janganlah kamu terleka
masa hidupmu paling berharga
janganlah dipersiakan

hidup hendaklah berjasa
pada agama dan bangsa

apakah maksud kehidupan kita?

lama dah rasyenye tak mencoretkan sesuatu kat internet ni. biasalah malas aje haha...

hidup manusia biasanya dalam lingkungan 60-70 tahun je. sebenarnya masa 60-70 tahun tu lah yang menjadi modal kita untuk buat persediaan kehidupan yang akan datang. kehidupan yang kekal abadi yang tiada penghujung. tetapi adakah kita sedar? semakin hari semakin hampir kita kepada permulaan kehidupan yang kekal itu iaitu MATI!! Bila sebut pasal mati mesti hilang semua mood kita kan. sebab dalam diri kita ada penyakit. penyakit wahan nama dia "cinta dunia takut mati".

kat dunia ni banyak sangattt yang kita cinta...macam2. dan berbeza bagi setiap orang, ada yang cinta harta,ada yang cinta tahta, dan ada yang cinta wanita. kadang-kadang kita tanya orang atau kengkawan sendiri pasal diorang punye kesukaan, mesti ada yang pelik-pelik. bila kita tanya kenapa suke yang macam tu...cawapan yang biasa didengar ialah untuk mencari kepuasan, bila dapat capai sesuatu impian ataupun cita-cita pasti diorang akan dapat kepuasan...betul ke puas? rasa macam tak caye plak. rasanya keinginan ni hanya dapat dipuaskan bila kita di syurga kelak..insyaallah.

jadi apa sebenarnya maksud hidup kita. saya pun x tahu. tetapi apa yang pasti setiap orang yang hidup pasti dan pasti akan mati. hidup ini hanya sekadar tempat membuat persediaan untuk mati je.ujian pertama kita adalah di kubur.jika kita buat persediaan yang rapi kita akan jawab dengan mudah insyaalah. tapi kalau xde persediaan...huhu...menagislah jawabnya..semoga ALLAH pelihara kita dunia dan akhirat..dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali..maksud hidup kita, kita sendiri yang tentukan.