Monday, October 15, 2012

"Ahli Syurgakah Kita?"

Apabila sebut pasal syurga...semua orang akan tahu disitulah tempat Allah s.w.t memberi nikmat kepada ahlinya. Dan adalah lebih pasti semua orang bercita-cita untuk menjadi ahli syurga...sampai ada lirik lagu pun sebut pasal syurga...Ini menunjukkan semua orang tahu akan kelebihan syurga itu. Tapi adakah kita yakin  adanya syurga..? Ini adalah persoalan...

Sebagai seorang Islam kita hampir terlalu yakin bahawa kita akan masuk syurga...betul ke kita akan masuk syurga kalau amalan kita tidak berlandas Quran dan Sunnah...betul ke kita akan masuk syurga kalau hidup kita berpandukan amalan yahudi dan nasrani...betul ke kita akan masuk syurga kalau amalan agama buat ikut sesuka hati...betul ke kita akan masuk syurga kalau kita masih langgar perintah Allah....Waallahu'alam

Tetapi yang paling pasti kita akan mati...hendak ataupun tidak kita pasti mati...dan kalau nak masuk syurga kita wajib mati dahulu....jadi buatlah persiapan menghadapi mati....dan bekalan untuk mati adalah IMAN dan AMAL soleh...sebagai manusia usaha adalah dipihak kita keputusan di tangan Allah....jalanilah kehidupan denagn syukur dan sabar InsyaALLAH Allah bersama kita...amin