Wednesday, May 26, 2010

Apa itu kebenaran...?

"Kebenaran adalah satu konsep yang abstrak. Apabila kita menyetujui sesuatu pekara maka kita akan mengatakan pekara itu benar, ataupun mengakui pekara itu membawa kebenaran. Secara umumnya, terdapat dua permasalahan falsafah yang utama yang berkaitan dengan konsep kebenaran, yakni apakah pekara yang membawa nilai kebenaran? dan juga apakah kebenaran?."
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebenaran

Apabila mengungkapkan kata-kata yang benar ialah sesuatu yang melibatkan agama. Di dalam Islam al-Quran dan as-Sunnah adalah sesuatu yang sememangnya benar dan tidak boleh disangkal. Jadi kandungan al-Quran dan as-Sunnah adalah kebenaran yang nyata.

"Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani"

Itulah ayat yang selalu dibaca dan menerangkan kepada kita bahawasanya pencipta seluruh makhluk di alam semesta ini punyai sifat pengasih dan penyayang. Setiap kali kita ingin melakukan sesuatu kita digalakkan untuk membaca 'Basmalah'. Ini akan mengingatkan kita bahawasanya yang paling rapat dengan kita adalah pencipta kita. Dialah yang memberi kita makan minum pakai dan sebagainya. Itulah hakikat kebenaran yang perlu kita akur. Adakah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan...tanyalah pada diri sendiri pasti kita ada jawapannya...

"setiap yang bernyawa pasti merasai mati"

Itu dalah salah satu firman ALLAH didalam kitab al-Quran. Siapakah yang boleh menafikan kebenaran ayat tersebut..? Sudah tentu tiada...itulah kebenaran...kita semua akan mati suatu hari nanti..kita tidak tahu bila, dimana dan bagaimana cara kematian kita....yang pasti kita tetap akan mati. Maha penyasih Allah telah menyediakan segala keperluan pada semua umat manusia untuk berada dalam jalan yang lurus. Allah memimpin kita dengan kebenaran melalui kitab Allah dan Sunnah rasul..Dalam khutbah terakhir Rasulullah S.A.W ada diingatkan kepada semua jika kita berpegang pada Quran dan Sunnah nescaya kita tidak akan sesat selamanya. Itulah hakikat kebenaran. "TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH"

Sekian, wasalam

Thursday, May 20, 2010

CINTA ITU BUTA..?

Cinta Itu Buta..Benarkah cinta itu buta...? Kerap kita mendengar ungkapan begitu, didalam drama, filem, perbualan harian tak lupa juga dalam majalah apatah lagi dalam novel. Tetapi benarkah telahan orang yang cinta itu benar-benar buta..? Anda pernah bercinta..? Jika pernah tentu anda ada jawapan yang tersendiri. Tetapi apa yang pasti setiap orang punya persepsi yang berbeza terhadap cinta.

Bagi saya cinta itu memang buta dan dapat membutakan mata malah mata hati juga dapat dibutakanjika seseorang benar-benar marasai cinta. Contohnya apabila seseorang jatuh cinta kepada manusiapastinya dipandang manusia itu seorang yang sempurna dan berusaha untuk memenuhi kehendak orang yang dicintainya itu. Walau dalam keadaan susah sekalipun seseorang itu tetap akan berusaha sedaya upayanya. Begitulah adanya cinta dan apabila pengorbanan bertambah maka bertambah lagi tahap cinta seseorang itu.

Tetapi apa yang menyedihkan apabila cinta yang dicurahkan itu tidak berbalas atau dimungkiri. Pastinya cinta yang begitu mendalam akan menjadi benci yang teramat sangat. Maka segala usaha sebelum ini menjadi sia-sia. Lebih menyayat hati apabila kekadang hidup seseorang akan musnahseolah-olah apabila cinta rosak maka berakhirlah kehidupan. Itulah kuatnya penangan cinta, mampumerosakkan kehidupan dan mampu mengindahkan kehidupan. Kita yang mengawal cinta sebenarnya. Jadi gunakanlah akal untuk bercinta.

Sebenarnya, hakikat cinta sejati hanya milik ALLAH. Contoh yang boleh diambil ialah bagaimana para sahabat apabila sudah merasai cinta terhadap ALLAH maka mereka begitu taksub terhadap perintah-perintahALLAH. Mereka sanggup menggadaikan nyawa, mereka sudah buta, meraka hanya mahu keredhaan ALLAH segala apa yang didepan mata tidak dihiraukan harta, wanita, malah mata pedang pun mereka sanggup redah untuk mendapat cinta ALLAH. Begitulah cinta sebenarnya, sejauhmana kita korbankan apa yang ada pada diri untuk ALLAH pasti ALLAH menambah cinta dan kasihnya kepada kita. Ingatlah sesungguhnyaALLAH tidak pernah dan tidak akan memungkiri janji. Jadi contohilah para sahabat dalam mencari cinta sejati. Mencintai ibubapa, isteri/suami, anak-anak, dan seluruh umat manusia hanya kerana mencari keredhaan ALLAH.

Friday, May 14, 2010

Mencari Erti Hidup

"Hidup di dunia sementara, Janganlah kamu terleka,
Hidup hendaklah berjasa, Pada agama dan bangsa,
Masa hidupmu paling berharga, Janganlah di persiakan
Harimau mati meninggalkan belang, Gajah mati meninggalkan tulang,
Manusia mati membawa amal nama yang harum dikenang...."

(lagu yang selalu dinyanyikan emak apabila menidurkan adik-adik)