Monday, March 28, 2011

Apa Cita-Cita Anda?

Cita-cita..Apa itu cita-cita? Cita-cita ialah harapan atau keinginan kita pada suatu masa akan datang.
Teringat kembali semasa darjah satu dulu, cikgu bertanya apa cita-cita anda. Kebanyakan jawapan yang kedengaran adalah askar, bomba, dan polis. Itu je yang budak-budak tahu rasanya. Kanak-kanak apa yang tahu la kan. Nasib baik takde yang jawab cita-cita nak jadi Ultraman ke Mask rider ke..maklumlah cerita yang macam tu lah yang disukai oleh kanak-kanak.

Kemudian semasa di tingkatan 3 cikgu kelas Sejarah pula yang bertanya. namun begitu jawapan yang keluar dari mulut pada waktu kebanyakannya Jurutera, Doktor, Pensyarah dan macam-macam lagi lah. Mungkin waktu itu tahap pemikiran juga telah bertambah, takde lah nak dengar nak jadi polis, askar dan sebagainya. Yang disebut semuanya kerjaya-kerjaya profesional, dan semuanya taknak mengalah masing-masing fikir cita-cita dialah yang terbaik.

Selepas SPM semua cita-cita itu telah dibuka jalannya. Jika dulunya bercita-cita nak jadi jurutera maka sambunglah pengajian dalam bidang kejuruteraan. Yang mana nak jadi doktor teruskan lah ke dalam bidang kedoktoran. Namun begitu terdapat juga yang gagal, apa lah nak jadi kat aku ni? Mungkin itulah perkataan yang keluar dari benak fikiran mereka. Tetapi adakah cita-cita mereka tidak tercapai? Cita-cita terdahulu mestilah dah tak tercapai, tetapi saya pasti setiap orang punya perancangan dan sebaik perancang adalah Allah SWT.

Tetapi yang mengingakan aku tentang cita-cita ni ialah jawapan daripada cikgu yang bertanya ketika di tingkatan tiga. Lebih kurang macam ni jawapan dia "Setiap orang punya cita-cita berbeza tetapi cita-cita cikgu cuma satu je, nak ucap kalimah LAILAHAILLALLAH di akhir kalam cikgu". Habis satu kelas terdiam. Jadi apa cita-cita anda?

No comments:

Post a Comment