Thursday, June 10, 2010

erti ketenangan

Ketenangan adalah sesuatu yang diingankan oleh semua manusia yang hidup. Apabila hati gundah gulana ataupun tidak tenteram pasti fikiran akan jadi runsing dan kita akan jadi tak tentu arah, dalam bahasa mudahnya. Tetapi apa sebenarnyya yang membuatkan hati kita tenang sebenarnya..?

Sesuatu yang pasti setiap orang berbeza dalam ketenangan. Sebagai contoh semasa belajar, ada setengah kawan-kawan yang mendapat markah yang rendah atau cukup-cukup makan, tetapi mereka semua tenang aje..orang putih cakap rileks je macam tiada apa yang perlu dikisahkan. Begitu juga sebaliknya ada sahabat yang dapat A- bukan A pun danh rasa semacam ada yang tidak kena. Selalu dibangkitkan kenapa tak dapat A kenapa aku dapat A- je, sikit je lagi nak dapat A...itu dalam konteks pelajaran macam-macam karenah.

Tetapi dalam dunia yang bersandarkan harta pula bagaimana..? Pendapat saya zaman ini hampir semua orang hanya mementingkan harta sahaja. Apabila duit penuh kat poket tenang je rasa, tapi bila duit dah tiada kita akan rasa gelabah..kenapa ye...? Seolah-olah kita hanya sandarkan ketenangan hidup ini pada harta dan wang ringgit. Apabila kita lihat orang kaya kita akan cakap..senang ek jadi orang kaya..duit banyak harta banyak..ibarat senang hati lah dalam semua perkara...tetapi benarkah begitu..? Saya pun tak tau..

Ketenangan itu bagaimana sebenarnya...? kadangkala saya bingung kenapa hati tak tenang seringkali rasa gelisah..sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui