Thursday, April 28, 2011

Kawasan Ini Diawasi CCTV

AWAS! KAWASAN INI DIAWASI CCTV

Pernah tak nampak papan tanda seperti ayat di atas?
Rasanya pasti siapa-siapa pun pernah melihatnya kan..
Kadangkala saya bertanya kepada diri sendiri.
Apa tujuannya membuat papan tanda berkenaan?
Adakah dapat menghalang sesiapa untuk membuat kesalahan?
Rasanya tidak kot.
Sebab hari-hari dekat berita TV cerita pasal jenayah kat merata-rata tempat.
Itu indikator saya la.
Setiap orang punya persepsi berbeza.
Tetapi apa yang penting bagi saya ialah sifat IHSAN.
"kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." Sumber disini.
Jika setiap orang ada sifat IHSAN tak perlu kepada CCTV dah.
Tapi kalau takde sifat IHSAN pun ingatlah Sesungguhnya ALLAH maha melihat

Monday, March 28, 2011

Apa Cita-Cita Anda?

Cita-cita..Apa itu cita-cita? Cita-cita ialah harapan atau keinginan kita pada suatu masa akan datang.
Teringat kembali semasa darjah satu dulu, cikgu bertanya apa cita-cita anda. Kebanyakan jawapan yang kedengaran adalah askar, bomba, dan polis. Itu je yang budak-budak tahu rasanya. Kanak-kanak apa yang tahu la kan. Nasib baik takde yang jawab cita-cita nak jadi Ultraman ke Mask rider ke..maklumlah cerita yang macam tu lah yang disukai oleh kanak-kanak.

Kemudian semasa di tingkatan 3 cikgu kelas Sejarah pula yang bertanya. namun begitu jawapan yang keluar dari mulut pada waktu kebanyakannya Jurutera, Doktor, Pensyarah dan macam-macam lagi lah. Mungkin waktu itu tahap pemikiran juga telah bertambah, takde lah nak dengar nak jadi polis, askar dan sebagainya. Yang disebut semuanya kerjaya-kerjaya profesional, dan semuanya taknak mengalah masing-masing fikir cita-cita dialah yang terbaik.

Selepas SPM semua cita-cita itu telah dibuka jalannya. Jika dulunya bercita-cita nak jadi jurutera maka sambunglah pengajian dalam bidang kejuruteraan. Yang mana nak jadi doktor teruskan lah ke dalam bidang kedoktoran. Namun begitu terdapat juga yang gagal, apa lah nak jadi kat aku ni? Mungkin itulah perkataan yang keluar dari benak fikiran mereka. Tetapi adakah cita-cita mereka tidak tercapai? Cita-cita terdahulu mestilah dah tak tercapai, tetapi saya pasti setiap orang punya perancangan dan sebaik perancang adalah Allah SWT.

Tetapi yang mengingakan aku tentang cita-cita ni ialah jawapan daripada cikgu yang bertanya ketika di tingkatan tiga. Lebih kurang macam ni jawapan dia "Setiap orang punya cita-cita berbeza tetapi cita-cita cikgu cuma satu je, nak ucap kalimah LAILAHAILLALLAH di akhir kalam cikgu". Habis satu kelas terdiam. Jadi apa cita-cita anda?

Tuesday, March 22, 2011

Mengubah Pendirian

Setiap manusia ada pendirian masing-masing. Biasanya pendirian itu adalah berpandu daripada pengetahuan, pengalaman hidup seseorang. Tetapi apa yang pasti pengetahuan dan pengalaman dari zaman kanak-kanak amat memberi kesan kepada seseorang itu. Proses ini berlaku apabila kanak-kanak membesar menjadi remaja dan seterusnya dewasa. Apabila dewasa bayak pendirian seseorang berubah selaras dengan pertambahan daripada ilmu pengetahuan yang diperoleh.

Namun begitu terdapat banyak faktor yang membentuk sesuatu pendirian itu. Sebagai seorang Islam ia dipanggil hidayah. Hidayah adalah hak milik mutlak Allah SWT. Allah SWT berhak untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki olehNya. Pernahkah kita berfikir, pernahkah kita bersyukur terhadap apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita? Hakikatnya semua adalah dari Allah kepada hambanya. Jika kita berbuat baik semua itu adalah dari Allah, sebagai seorang islam kita harus bersyukur tanpa mengatakan bahawa saya adalah seorang yang baik..dapat tunaikan segala perintah Allah. Jadi untuk itu hendaklah kita bersyukur apabila dapat membuat satu kebajikan bahkan kita perlu fikir bagaimana hendak mengajak orang lain kearah kebaikan.

Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran saya. Kenapa sesorang itu mencuri, berzina, dan sebagainya. Adakah mereka tidak tahu semua perkara itu adalah salah disisi agama? Saya pasti semuanya mengetahui tentang kesalahan melakukan perkara tersebut. Tetapi mengapa mereka tetap melakukannya. Apakah pendirian mereka? Perlukah kita memarahi mereka? Apa yang kita perlu dan boleh buat untuk mengatasi masalah ini. Untuk megubah pendirian seseorang itu amat sukar walaupun mereka mengetahui sesuatu yang benar. Jadi sebagai seorang penganut agama Islam hanya kepada Allah tempat kita semua mengadu. Sesungguhnya Allah jaulah yang memegang setiap hati manusia. Hanya dengan keizinan Allah sahaja pendirian akan berubah.

Wallahualam...hanya Allah yang maha mengetahui

Thursday, February 10, 2011

Politik..? Ape la nak jadi...

Hampir setiap hari didada-dada akhbar akan mensensasikan cerita-cerita politk di Malaysia. Bila sebut pasal politik Malaysia tentulah melibatkan politik kepartian yang amat menebal. Fahamkah rakyat kebanyakan apa itu politik selain daripada politik kepartian. Jika dipandang pada masyarakat Malaysia (melayu) seolah-olah berpolitik dalam parti adalah cara perjuangan terbaik. Betulkah begitu? Setiap insan punya jawapan yang tersendiri. Tetapi sebagai seorang muslim perlulah untuk memikir secara global. Sebagai muslim haruslah untuk kita bercita-cita besar untuk menakluki dunia. Maksudnya untuk menjadikan seluruh penduduk dunia ini muslim, taat perintah Allah. Bukannya menjadikan kuasa sebagai maksud utama. Bila dah ada kuasa barulah nak implementasikan segala perintah yang Maha Kuasa. Sebagai muslim kita harus implemenkan Islam dari dalam diri. Itu yang paling penting sekali. Namun begitu harus diingat bahawa mengajak manusia kepada Allah adalah tugas setiap Muslim. Adakah cukup untuk kita memangkah 4 tahun sekali sebagai pejuang Islam.

Apa tanggungjawab kita sebenarnya?
Tanggungjawab kita sebagai muslim adalah untuk taat perintah Allah mengikut cara nabi. Lihat surau dan masjid kita adakah penuh seperti solat jumaat pada waktu solat yang lain-lain? Macammana nak tegakkan negara Islam. Perlembagaan kita adakah bertunjangkan Quran dan Sunnah? Demokrasi adakah betul-betul dijelaskan dalam Islam? Sistem pilihanraya adakah dari Islam? Jadi, apa sebenarnya politik dalam Islam? Untuk itu mari semua kita mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh para sahabat dalam mengikuti ajaran sebenar yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. Golongansahabatlah yang patut menjadi ikutan kita semua.

Dengan kekuatan sebagai seorang individu kita mampu berdoa kepada yang maha kuasa untuk memberi hidayah kepada seluruh manusia. Apa yang perlu ada pada setiap muslim adalah untuk menyelamatkan diri dan seluruh umat manusia dari azab api neraka Allah. Untuk itu haruslah kita menjunjung Quran dan Sunnah sebagai 'pakaian' hidup kita. Bermula dari fikirlah semua itu akan berlaku disuatu masa nanti. Kegemilanag Islam. Insya'Allah...

Wallua'lam

Friday, January 28, 2011

Bersangka Baik Dengan Semua Orang

Apa yang akan berlaku jika semua orang berbaik sangka terhadap semua orang..?

Jawapannya.....tentulah ia akan mengamankan dunia ini..betul x..!!

Adakah ia sesuatu yang mustahil..?

NTAH...saya pun tiada jawapannya

Sebagai seorang muslim, bersangka baik sesama manusia adalah sangat dituntut oleh agama. Tetapi mampukah kita untuk berbuat demikian..? Untuk bersangka baik kita perlulah memiliki hati yang suci dan bersih. Hati yang suci dan bersih lahir daripada iman yang kuat...jadi kita kena fokus terhadap iman kita...haha jawapan yang mudah

Saya selalu tanya pada diri sendiri sejauh mana kita bersangka baik dengan orang sekeliling kita...untuk diri ini ianya amat sukar untuk berbaik sangka. Jika kita tidak bebrbaik sangka dengan sesama manusia adakah kita berbaik sangka dengan ALLAH..? Jawapannya ada dalam diri setiap insan..

Thursday, January 27, 2011

Ada Apa Dengan Tahun Baru

Assalamualaikum...

Sudah sekian lama rasanya tidak mencoretkan tulisan-tulisan yang ntah apa apa ntah..hahaha. Sekarang ni sudah penghujung bulan jANUARi..sudah hampir sebulan kita berada dalam tahun 2011. Tetapi apa bezanya tahun 2010 dan 2011..? Anda ada jawapan..? Sudah tentu setiap orang punya jawapan yang berbeza. Apa yang pasti kebanyakan manusia akan berdiskusi pasal apa azam tahun baru. Biasanya ayat-ayat yang keluar lebih kurang macam ni la...matlamat tahun baru ni ape ek..? Eh azam tahun lepas tak tertunai lagi ni..tp dah nak masuk tahun baru..huhu

Pada saya tahun hanyalah pengukuran masa sahaja..ia adalah pengukur hidup dan mati. Apabila tahun bertambah maka umur kita pun bertambah. Apabila umur bertambah ini bermakna jarak masa kematian kita adalah semakin hampir. Jadi apa yang kita perlu buat sebenarnya sebagai menyambut tahun baru..? Perlukah kita berkumpul disuatu tempat dan bersorak apabila jam berdetik tepat jam 12.00 malam..? Setiap orang pasti ada jawapan yang tersendiri...