Thursday, May 20, 2010

CINTA ITU BUTA..?

Cinta Itu Buta..Benarkah cinta itu buta...? Kerap kita mendengar ungkapan begitu, didalam drama, filem, perbualan harian tak lupa juga dalam majalah apatah lagi dalam novel. Tetapi benarkah telahan orang yang cinta itu benar-benar buta..? Anda pernah bercinta..? Jika pernah tentu anda ada jawapan yang tersendiri. Tetapi apa yang pasti setiap orang punya persepsi yang berbeza terhadap cinta.

Bagi saya cinta itu memang buta dan dapat membutakan mata malah mata hati juga dapat dibutakanjika seseorang benar-benar marasai cinta. Contohnya apabila seseorang jatuh cinta kepada manusiapastinya dipandang manusia itu seorang yang sempurna dan berusaha untuk memenuhi kehendak orang yang dicintainya itu. Walau dalam keadaan susah sekalipun seseorang itu tetap akan berusaha sedaya upayanya. Begitulah adanya cinta dan apabila pengorbanan bertambah maka bertambah lagi tahap cinta seseorang itu.

Tetapi apa yang menyedihkan apabila cinta yang dicurahkan itu tidak berbalas atau dimungkiri. Pastinya cinta yang begitu mendalam akan menjadi benci yang teramat sangat. Maka segala usaha sebelum ini menjadi sia-sia. Lebih menyayat hati apabila kekadang hidup seseorang akan musnahseolah-olah apabila cinta rosak maka berakhirlah kehidupan. Itulah kuatnya penangan cinta, mampumerosakkan kehidupan dan mampu mengindahkan kehidupan. Kita yang mengawal cinta sebenarnya. Jadi gunakanlah akal untuk bercinta.

Sebenarnya, hakikat cinta sejati hanya milik ALLAH. Contoh yang boleh diambil ialah bagaimana para sahabat apabila sudah merasai cinta terhadap ALLAH maka mereka begitu taksub terhadap perintah-perintahALLAH. Mereka sanggup menggadaikan nyawa, mereka sudah buta, meraka hanya mahu keredhaan ALLAH segala apa yang didepan mata tidak dihiraukan harta, wanita, malah mata pedang pun mereka sanggup redah untuk mendapat cinta ALLAH. Begitulah cinta sebenarnya, sejauhmana kita korbankan apa yang ada pada diri untuk ALLAH pasti ALLAH menambah cinta dan kasihnya kepada kita. Ingatlah sesungguhnyaALLAH tidak pernah dan tidak akan memungkiri janji. Jadi contohilah para sahabat dalam mencari cinta sejati. Mencintai ibubapa, isteri/suami, anak-anak, dan seluruh umat manusia hanya kerana mencari keredhaan ALLAH.

1 comment:

  1. bicara bab cinta oleh mu terlalu SWEEETTTTT..!!!

    ReplyDelete